Wednesday, January 25, 2012

Tak tahu apa nak buat.

Tak tahu apa nak buat. Kadang-kadang kita tak tahu apa nak buat. Apa nak buat menunjukkan pemikiran kita sedang mengalami kekacauan dan tidak berada dalam keadaan optimum.

Untuk mengatasi masalah ini anda perlu melakukan sesuatu walau apa cara sekali pun. Jika tidak, ia akan menjadi habit dan produktiviti anda akan jatuh dengan sangat mendadak.

Tuesday, January 24, 2012

Tulis apa yang anda fikirkan.

Bukan mudah untuk mengingat apa yang dirancang dan apa yang berlaku dalam hidup kita setiap hari. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk sentiasa menulis perancangan kita di masa depan.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya kita boleh merancang hidup kita dengan lebih baik.

Tulis apa yang anda fikirkan amat penting dalam merencana hidup kita. Ini kerana ada idea yang ada dalam fikiran kita mungkin tidak relevan sekarang tetapi ianya akan relevan pada masa akan datang.

Dan ada idea yang memang tidak boleh pakai langsung. Tetapi di dalamnya mungkin mempunyai beberapa rahsia atau teknik yang anda perlukan untuk menjayakan apa yang anda rancang.

Semua orang yang berjaya menyimpan jurnal mereka sendiri. Ini termasuklah Donald Trump walaupun dia mengatakan dia tidak suka melakukan demikian. Tetapi saya tidak percaya sama sekali.


Ini kerana saya tahu kepentingan jurnal ini dan hampir semua orang yang berjaya melakukan perkara yang sama. Tujuan jurnal ialah untuk menganalisis masalah yang dihadapi yang berada di dalam pemikiran kita.

Kedua untuk melihat adakah sama pemahaman yang berada di dalam pemikiran kita dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Ketiga membolehkan kita menganalisis jalan penyelesaian bagi masalah yang berlaku.

Semua perkara ini perlu dilakukan dalam penulisan dan pembuatan jurnal anda. Dan ini hanya berlaku jika anda menulis apa yang anda fikirkan.

Monday, January 23, 2012

Mencari hala tuju kehidupan.

Adalah amat penting bagi kita mencari hala tuju hidup kita. Kita kadang-kadang tak tahu apa yang perlu kita buat. Kita rasa kita bukan macam diri kita sendiri.

Pada masa tulah, kita mula mencari siapa diri kita yang sebenar. Semua orang pernah melalui saat ini. Ada yang berjaya, ada yang gagal dan ada yang sesat. Ianya sangat mencabar. Dan itulah kehidupan.

Langkah pertama untuk mencari hala tuju hidup kita adalah dengan mengenali siapa diri kita yang sebenar. Kita perlu kenal siapa diri kita, perangai kita macam mana, akhlak kita macam mana, bagaimana kita bergaul dengan orang dan apa yang kita lakukan dengan masa kita, perkataan yang kita gunakan  semasa bercakap dan sebagainya.

Anda mungkin berasa sangat penat dan mahu berputus asa. Anda merasakan terlalu banyak perubahan yang perlu dilakukan. Saya tahu kerana saya juga pernah melaluinya. Ianya amat sukar dan sangat susah tetapi jika anda melepasinya, anda akan menjadi seorang yang sangat hebat.

Belajar menerima diri sendiri seadanya adalah langkah pertama untuk anda majukan diri anda sendiri. Dan ini hanya boleh dilakukan dengan mengenali siapa diri kita yang sebenar.

Belajarlah berdepan dengan kebenaran dan janganlah takut menghadapinya. Sebaliknya berdepanlah dengan penuh keberanian apa sahaja yang anda hadapi dalam hidup ini. Mencari hala tuju hidup adalah langkah pertama dan merupakan langkah yang paling sukar tetapi percayalah, langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah selepas anda melalui langkah ini.