Pada masa tulah, kita mula mencari siapa diri kita yang sebenar. Semua orang pernah melalui saat ini. Ada yang berjaya, ada yang gagal dan ada yang sesat. Ianya sangat mencabar. Dan itulah kehidupan.
Langkah pertama untuk mencari hala tuju hidup kita adalah dengan mengenali siapa diri kita yang sebenar. Kita perlu kenal siapa diri kita, perangai kita macam mana, akhlak kita macam mana, bagaimana kita bergaul dengan orang dan apa yang kita lakukan dengan masa kita, perkataan yang kita gunakan semasa bercakap dan sebagainya.
Anda mungkin berasa sangat penat dan mahu berputus asa. Anda merasakan terlalu banyak perubahan yang perlu dilakukan. Saya tahu kerana saya juga pernah melaluinya. Ianya amat sukar dan sangat susah tetapi jika anda melepasinya, anda akan menjadi seorang yang sangat hebat.
Belajar menerima diri sendiri seadanya adalah langkah pertama untuk anda majukan diri anda sendiri. Dan ini hanya boleh dilakukan dengan mengenali siapa diri kita yang sebenar.
Belajarlah berdepan dengan kebenaran dan janganlah takut menghadapinya. Sebaliknya berdepanlah dengan penuh keberanian apa sahaja yang anda hadapi dalam hidup ini. Mencari hala tuju hidup adalah langkah pertama dan merupakan langkah yang paling sukar tetapi percayalah, langkah seterusnya akan menjadi lebih mudah selepas anda melalui langkah ini.
No comments:
Post a Comment