Tuesday, January 24, 2012

Tulis apa yang anda fikirkan.

Bukan mudah untuk mengingat apa yang dirancang dan apa yang berlaku dalam hidup kita setiap hari. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk sentiasa menulis perancangan kita di masa depan.

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya kita boleh merancang hidup kita dengan lebih baik.

Tulis apa yang anda fikirkan amat penting dalam merencana hidup kita. Ini kerana ada idea yang ada dalam fikiran kita mungkin tidak relevan sekarang tetapi ianya akan relevan pada masa akan datang.

Dan ada idea yang memang tidak boleh pakai langsung. Tetapi di dalamnya mungkin mempunyai beberapa rahsia atau teknik yang anda perlukan untuk menjayakan apa yang anda rancang.

Semua orang yang berjaya menyimpan jurnal mereka sendiri. Ini termasuklah Donald Trump walaupun dia mengatakan dia tidak suka melakukan demikian. Tetapi saya tidak percaya sama sekali.


Ini kerana saya tahu kepentingan jurnal ini dan hampir semua orang yang berjaya melakukan perkara yang sama. Tujuan jurnal ialah untuk menganalisis masalah yang dihadapi yang berada di dalam pemikiran kita.

Kedua untuk melihat adakah sama pemahaman yang berada di dalam pemikiran kita dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Ketiga membolehkan kita menganalisis jalan penyelesaian bagi masalah yang berlaku.

Semua perkara ini perlu dilakukan dalam penulisan dan pembuatan jurnal anda. Dan ini hanya berlaku jika anda menulis apa yang anda fikirkan.

No comments:

Post a Comment